Thursday, April 28, 2016

Rice and Farinaceous Production

Beras ialah padi  yang telah diproses serta dibuang kulitnya dan beras juga boleh didapati dalam pelbagai jenis antaranya beras pulut dan sebagainya, Beras yang kandungan kanjinya tinggi dikenali sebagai beras pulut. Beras pulut lebih melekit berbanding beras biasa dan mempunyai lebih banyak khasiat.

Beras adalah sumber  yang  kaya  dengan vitamin dan mineral seperti vitamin, kalsium, fibre, iron, thinamine dan riboflavin. Manakala beras diperkaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol. Lemak tepu yang boleh memudaratkan kita dan rendah kandungan sodium. Ia baik dimakan bagi semua peringkat umur dan golongan manusia.





v  Beras yang dimasak akan mengembang sebanyak 1.8 kali ganda daripada beras asalnya.
v  Beras yang telah dimasak disebut nasi putih.
v  Nasi adalah beras  yang  telah direbus/ditanak
v  Sukatan untuk masak nasi putih adalah bersamaan 1 mangkuk beras berserta 1 ½ mangkuk air. Struktur nasi yang  baik mestilah dalam keadaan yang terlerai, tidak melekat, tidak keras dan tidak berjelatah.


BENTUK DAN JENIS-JENIS BERAS

JENIS
CIRI-CIRI
Beras biasa                  
·         Jenis yang biasa digunakan
·         Diproses untuk membuang selaput luarnya
·         Proses tersebut telahmembuang kebanyakkan vitamin dangaram mineral tetapi mampu menghasilkan beras  yang  berwarna putih
Beras yang diperkaya
·         Berasal dari beras biasa tetapi disalut dengan vitamin dan garam bagi menggantikan garam mineral yang telah hilang
Beras pendek / beras Jepun
·         Biji berasnya kecil dan seakan bulat dan melekit bila dimasak.
·         Ia amat sesuai bagi membuat pudding beras
Beras panjang / Basmathi
·         Biji beras yang panjang dan tidak tebal
·         Digunakan bagi hidangan utama  yang  istimewa
·         Beras yang panjang banyak menyerap air, jika dimasak jangan selalu dikacau kerana ia mudah patah
Beras pulut
·         Berwarna putih susu dan ada juga berwarna hitam
·         Biasanya dimasak menggunakan  air yang sedikit
Beras herbaponik
·         Ia diperkaya dengan zat – zat  yang diperlukan oleh tubuh badan dan ia kurang berkanji

No comments:

Post a Comment