Thursday, April 28, 2016

Salad

Salad pembuka selera mempunyai saiz yang sederhana dan berfungsi sebagai rangsangan selera dan tidak bertujuan untuk mengenyangkan, sebaliknya salad yang berfungsi sebagai hidangan utama mestilah bersaiz besar dan seimbang daripada segi pemakanan. Berbeza pula dengan saiz salad pengiring yang berfungsi sebagai pengimbang hidangan utama. Sekiranya hidangan utama agak ringan salad pengiring bolehlah daripada jenis yang mengenyangkan. Apabila fungsi salad sudah ditentukan maka aspek-aspek menyusun, warna, rasa dan tekstur bleh dipertimbangkan.


STRUKTUR SALAD

Terdapat empat (4) bahagian asas salad :-

1.    Base – Tapak
Daun salad hijau selalunya dijadikan sebagai tapak. Ia berfungsi membantu mengumpul bahan-bahan salad yang bersaiz kecil.

2.    Body / Underline – Bahan isi
Bahan utama yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti jadual dibawah:

Penyediaan Isi Salad








Salad hijau
(Greensalad)

Ø  Bahan utama, daun salad mestilah segar dan rangup.
Ø  Dipecahkan kepada dua (2) bahagian :-
a)    Tossed.
§  Tossed salad digaul dengan dressing. Salad dari sayuran berdaun seperti lettuce. Di hidang segar dan mentah. Boleh juga di hiasi dengan buahan atau pun keju.
§  Dressing yang sesuai adalah berasaskan vinaigrette atau dressing berasaskan mayonnaise. Dressing hanya boleh digaulkan ke dalam salad ketika sedia di hidangkan untuk mengelakkan salad dari cepat layu.
b)    Composed salad
§   Green salad yang di susun mengikut struktur            salad. Dressing tidak digaulkan bersama salad sebaliknya dituang di atas salad.


Salad Sayuran

Ø  Selain dari sayuran berdaun, timun, celery dan lobak merah yang di hidangkan mentah manakala asparagus dan artichoke dimasak.

Salad Bermasak (Bound Salad / Coumpound Salad)

Ø  Bahan utama bagi salad ialah makanan bermasak seperti daging, ayam, ikan, telur atau produk  berkanji seperti pasta.
Ø  Kebiasannya salad ini digaulkan dengan sos pekat seperti mayonnaise dan vinaigrette.

Salad Kombinasi

Ø  Bahannya terdiri daripada berbagai-bagai kombinasi tetapi bahan yang berbeza.



3.    Garnishing – Bahan hiasan
Memberi tarikan kepada mata pelanggan. Bahan yang digunakan tidak perlu terlalu mahal mendominasikan cukup sekadar menambah daya tarikan kepada salad itu. Hiasannya biarlah ringkas dan praktikal.

Contoh Hiasan Untuk Salad



Buah-buahan

Ulas buah-buahan sitrus seperti ulas limau mandarin, hirisan epal, apricot dan kismis.

Keju

Keju yang disagat seperti parmesan dan ada yang dipotong julienne.

Kekacang

Dipanggang, disalai dan dimaniskan. Semua jenis kacang yang sesuai untuk hiasan.
Daging, ayam, karangan laut dan ikan

Dipotong kiub atau dihiris. Ia boleh di bakar. Untuk karangan laut ia boleh di cincang dan di tabur di atas salad.


4.    Dressing
Dressing salad ialah cecair atau separuh cacair yang digunakan untuk menambah rasa pada salad. Vinaigrette merupakan emulsi sementara minyak dan cuka pada nisbah 3:1. Tiga bahagian minyak dan satu bahagian cuka. Dressing juga dikenali sebagai sos sejuk, berfungsi menambah perisa, melembabkan serta memperkayakan salad. Berikut contoh dressing yang sesuai di hidang bersama salad tertentu.

Kombinasi Salad Dressing

SALAD
DRESSING
Bahan utama ialah lettuce iceberg, romaine, escarole dan endive kerinting.
Vinaigrette yang berasaskan minyak sayuran dan cuka.
Bahan utama merupakan sayuran berdaun yang lembut seperti lettuce dan salad air.
Vinaigrette yang berasaskan minyak kacang dan cuka balsamic.
Bahan utama merupkan sayuran berdaun keras seperti kubis, iceberg dan romaine.
Dressing berasaskan mayonnaise.

No comments:

Post a Comment